Rabu, 23 Disember 2009

Menyambut syawal dengan insan tersayang.


Tanggal 2 syawal 1429 hijrah alhamdulillah kami selamat diijab kabulkan oleh Ayahanda tercinta.

Dikala pagi yang penuh meriah kerana kesibukan orang yang menyambut 1 syawal masih lagi hangat, kami pula sibuk dengan persiapan ala kadar untuk melangkah ke jinjang pelamin.

Ketika itu ana tidak dapat bayangkan ramainya sanak saudara yang datang ke rumah untuk beraya dan juga meraikan perkahwinan kami, masing-masing mengucap syabas dan tahniah.

Perasaan ketika itu hanya Allah yang tahu, mengingatkan amanah yang bakal dipikul selepas ini, ingin rasanya ana titiskan mutiara jernih di mata ini, tapi apakan daya perasaan perlu dikawal untuk menjaga keharmonian majlis kami.


Sesudah majlis kami berlalu, ana dipanggil untuk masuk ke bilik supaya menyarungkan sebentuk cincin dan seutas gelang ke tangan insan yang menjadi pilihan ana dalam melayari lautan dunia yang penuh gelora ini.

Sebelum ini ana tidak pernah menatap wajahnya yang hakiki kerana insan itu selalu berpurdah, di saat itu barulah ana dapat menatap wajahnya sepuas-puasnya dan menyedari hakikat manisnya mempunyai seorang isteri yang berpurdah, terlintas difikiran ana akan kecantikan isteri ini hanya milik ana bukan untuk santapan mata orang lain, inilah hikmah dari purdah yang islam galakkan.

Islam tidak akan menyuruh atau menghalang sesuatu kecuali di sana ada manfaat, hikmah dan nikmat yang sudah sebati dal
am jiwa sanubari manusia.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan