Selasa, 22 Disember 2009

15 Bukti keimanan.

Al-Hakim meriwayatkan Alqamah bin Haris r.a berkata, aku datang kepada Rasulullah s.a.w dengan tujuh orang dari kaumku. Kemudian setelah kami memberi salam kepada Baginda lalu Beliau tertarik sehingga bertanya, "Siapakah kamu ini ?"

Jawab kami, "Kami adalah orang beriman." Kemudian baginda bertanya, "Setiap perkataan ada buktinya, apakah bukti keimanan kamu ?" Jawab kami, "Buktinya ada lima belas perkara. Lima perkara yang engkau perintahkan kepada kami, lima perkara yang diperintahkan oleh utusanmu kepada kami dan lima perkara yang kami sudah biasa sejak zaman jahiliyyah "

Tanya Nabi s.a.w, "Apakah lima perkara yang aku perintahkan kepada kamu ?"

Jawab kami, "Kamu telah perintahkan kami untuk beriman kepada Allah, percaya kepada Malaikat, Kitab-kitab, Rasul-rasul dan percaya kepada takdir Allah yang baik mahupun yang buruk."

Selanjutnya tanya Nabi s.a.w, "Apakah lima perkara yang diperintahkan oleh para utusanku itu ?"

Jawab kami, "Kami diperintahkan oleh para utusanmu untuk bersaksi bahawa tidak ada Tuhan selain Allah dan engkau adalah utusan Allah, kami mendirikan solat yang wajib, mengerjakan puasa di bulan Ramadhan, menunaikan zakat dan berhaji bila berkemampuan."

Tanya Nabi s.a.w lagi, "Apakah lima perkara yang kamu sudah biasa sejak zaman jahiliyyah ?" Jawab kami, "Bersyukur di waktu senang, bersabar di waktu kesusah, berani di waktu perang, redha pada waktu ujian dan tidak merasa gembira dengan musibah menimpa musuh."

Mendengar ucapan kami yang amat menarik ini, lalu Nabi s.a.w berkata, "Sesungguhnya kamu ini termasuk di kalangan kaum yang amat pandai sekali dalam ilmu agama mahupun dalam tatacara berbicara, dari ucapan kamu yang bijaksana ini tak ubah seperti ucapan Nabi-nabi."

Kemudian Nabi s.a.w meneruskan dialog dengan seraya berkata, "Mahukah kamu aku tunjukkan lima amalan yang kamu milki yang perlu kamu sempurnakan ? Jangan kamu mengumpulkan sesuatu yang tidak akan kamu makan. Jangan kamu mendirikan rumah yang tidak akan kamu diami, jangan kamu berlumba-lumba dalam sesuatu yang bakal kamu tinggalkan dan berusahalah untuk mencari bekalan ke negeri akhirat."

Sabtu, 12 Disember 2009

Menyambut syawal dengan iman.

Pada hari khamis,5 syawal 1430 26.9.09, pukul 10.20 AM, alhamdulillah isteri tersayang telah selamat melahirkan puteri sulung kami di hospital Hukumi Karak atas biayaan abu A'tif dan Abu Hamzah, kami ucapkan jazakumullahu khairan kathira pada semua yang berbudi dan yang tidak putus2 berdoa agar di permudahkan segala urusan. Sempena Abati dan Ummi baru sahaja lepas satu ujian, abati dan ummi namakan puteri sulung Nur Hamizatul Iman (cahaya kekuatan iman)..

Jumaat, 11 Disember 2009

Dari Imam Al-Ghazali.



Matinya jasad kerana tiada ruh..
Matinya ruh kerana tiada ilmu..
Matinya ilmu kerana tiada amal..
Matinya amal kerana tiada istiqamah..

Menuntut ilmu adalah taqwa..
Menyampaikan ilmu adalah ibadah..
Mengulangi ilmu adalah zikir..
Mencari ilmu adalah jihad..